SOALAN LAZIM

S : Gambar passport latar belakang biru atau putih? 
J  : Boleh kedua-dua latarbelakang. Sama ada biru atau 
      putih
  
S : Pukul berapakah saya perlu hadir disana selewatnya
      -lewatnya?
J : Pukul 8.30 pagi. Untuk sesi Pendaftaran
     Lewat Pendaftaran tidak akan dilayan

S : Adakah kursus 2 hari ini menginap di sana? 
J  : Tidak. Kursus diadakan 2 hari dan balik hari

S : Berapakah peruntukan masa rehat tengah hari dan 
     bolehkah saya keluar makan bersama pasangan 
     saya? 
J : Satu jam. Untuk makluman Tuan makanan dan 
     minuman telah sediakan. Untuk menghargai masa
     harap dapat mematuhi had masa yang dibenarkan 
  
S : Saya tidak mempunyai pasangan, bolehkah saya 
      menghadiri berkursus?
J : Boleh. Tiada masalah

S : Saya pernah berkahwin dan bercerai. Adakah saya 
     perlu ambil kursus semula?
J : Perlu jika cerai hidup. Jika cerai mati tidak perlu 
     ambil kursus

S : Bolehkah saya menangguhkan kursus hari kedua 
     dan lakukan pada minggu berikut?
J : Boleh. Rujuk urusetia kursus dan bincang tarikh 
     bersesuaian

S : Bolehkah saya memakai kopiah/ketayap/serban 
      ketika berkursus. Dan gambar dipassport juga 
      berserban atau kopiah? 
J : Boleh. Asalkan kemas pada pandangan

S : Menghadiri kursus berpakaian jubah bagi lelaki 
     adakah dibolehkan?
J : Boleh. JEANS sahaja tidak dibenarkan

S : Pasangan saya berasal dari Negeri lain. Bolehkah 
     berkursus sekali?  
J : Boleh tiada masalah

S : Saya sudah berkursus. Namun saya ingin temankan 
     pasangan saya berkursus. Adakah boleh? 
J : Boleh. Tiada masalah. Tapi perlu membayar yuran 
     kursus untuk duduk didalam dewan kursus

S : Semasa berkursus adakah sebarang ujian akan dilakukan?
J : Tiada sebarang ujian atau temuduga

S : Pasangan saya bukan rakyat tempatan, namun dia islam. 
     Bolehkah ikut serta berkursus? 
J : Boleh. Bawa sekali salinan passport untuk pendaftaran kursus

 

MENGENAI KURSUS

  • Berdaftar dengan Jabatan Agama Johor.
  • Menggunakan Modul Bersepadu Kursus Pra Perkahwinan Islam Negeri Johor.
  • Penceramah-penceramah bertauliah.
  • Sijil Kursus dikeluarkan oleh Jabatan Agama Johor dan diiktiraf seluruh negeri di Malaysia.
  • Serahan sijil pada hari kursus.
  • Fail dan nota kursus disediakan.
  • Dewan Kuliah berhawa dingin dan lengkap dengan kemudahan yang diperlukan.
  • Makan dan minum disediakan sepanjang kursus 2 Kali sehari
  • Yuran yang berpatutan (ditetapkan oleh JAINJ): RM150.00 (termasuk makan & minum dua hari sepanjang kursus).